Perigi itu juga berjaya menyuburkan tanah menyebabkan pohon-pohon tamar membuahkan hasil yang berkualiti dan hasilnya dimanfaatkan untuk pembangunan di Kota Madinah. Begitulah besarnya manfaat aset kecil yang diwakafkan itu.

Apa yang penting ialah bagaimana menguruskan wakaf ber­kenaan. Justeru memang tepat pada masanya, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah supaya institusi wakaf memiliki pengalaman dan kepakaran bagi mewujudkan tadbir urus yang berkesan.

Sesuai dengan perkembangan semasa, pengurusan wakaf perlu melihat peluang yang lebih luas termasuk dalam industri kewangan Islam. Wakaf bukan hanya terbatas kepada institusi seperti masjid, surau, pondok dan tanah perkuburan

Hanya pengalaman dan kepakaran, harta wakaf yang dikatakan banyak terbiar dan tidak produktif dapat dimanfaatkan.

Awang percaya jika harta yang diwakaf diurus dengan baik, ia dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menjana ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Berge­raklah secara aktif dan kreatif mengikut landasan yang ditetapkan dalam memajukan aset wakaf bagi memanfaatkan umat Islam.

AWANG - Hanya mampu bersedekah.