Peristiwa pertama ialah apabila melalui pengundian yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, sebanyak 128 buah negara termasuk Malaysia menyokong resolusi badan dunia itu yang mahu AS menarik balik pengiktirafan tersebut.

Keputusan negara-negara itu dibuat ketika Presiden AS, Donald Trump sudah memberi amaran akan menyekat bantuan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan. Oleh itu apabila 128 buah tetap menyokong, maka ia adalah satu tamparan kepada Trump yang dilihat mentadbir AS secara angkuh dan sombong.

Peristiwa kedua pula yang menyentuh perasaan Awang ialah himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Putrajaya. Kehadiran ribuan orang Islam tanpa mengira latar belakang politik dan organisasi sekali lagi menjadi manifestasi untuk sama-sama memperjuangkan nasib rakyat Pa­lestin dan umat Islam sejagat.

Awang juga ucapkan terima kasih kepada pertubuhan dan badan bukan Islam yang turut menyokong himpunan semalam. Sokongan yang mereka berikan membuktikan rakyat Malaysia sentiasa bersatu menentang keangkuhan dan kebiadaban AS sejak dulu, kini dan selamanya.

AWANG – Bersyukur.