Akibat tersalah dengar, maksud yang disebut telah tersasar jauh sehingga menimbulkan keresahan banyak pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terjemahan yang dibuat itu boleh menjejaskan imej polis dan juga negara keseluruhannya.

Mungkin bagi yang memahami bahasa Arab tidak ambil peduli video berkenaan tetapi isunya sekarang apabila diterjemahkan secara salah. Adalah amat penting bagi sesiapa juga untuk memahami apa yang mereka nyatakan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Mungkin niat yang menterjemah itu baik tetapi sikap tidak berhati-hati menyebabkan isu ini menjadi lebih panas.

Semua ini berlaku disebabkan kecuaian pihak yang menterjemahkan ayat-ayat berkenaan. Semoga ia menjadi pengajaran. Eloklah lelaki Arab itu dicari bagi membantu siasatan.

Awang mengingatkan, jika timbul keraguan, eloklah mendapatkan maklumat sewajarnya daripada pihak berkuasa. Orang awam juga perlu berhati-hati sebelum menyebarkan maklumat seumpama ini. Pastikan kesahihannya. Jangan cepat berkongsi maklumat yang meragukan kerana kesannya amat buruk.

AWANG - Makin banyak perlu ditapis.