Dengan menggunakan istilah tidak diplomatik dalam Mesyua­rat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Manila, Timbalan Perdana Menteri menegaskan: “Rohingya bukan haiwan’’!

Perkataan yang dihamburkan oleh Ahmad Zahid itu membuktikan Malaysia sama sekali tidak boleh menerima kebiadaban dan kekejaman oleh tentera Myanmar ke atas etnik Ro­hingya.

Sebenarnya Awang sudah lama berpendapat, bahasa diplomatik sebenarnya tidak sesuai lagi dalam berhadapan dengan kerajaan Myanmar. Ini kerana kerajaan negara tersebut sedang melakukan penghapusan etnik, oleh itu penggunaan bahasa seumpama itu sudah tidak relevan lagi.

Bagi Awang, walaupun Ahmad Zahid menyatakan tidak nampak kekesalan di muka menteri Myanmar dalam mesyuarat ber­kenaan, tiada apa yang mahu dihairankan kerana mana mungkin manusia yang seolah-olah berjiwa binatang mempunyai perasaan sedemikian.

AWANG - Diplomasi ada hadnya.