Apa yang berlaku sekali lagi membuktikan mainan politik ‘pusingan U’ yang dipaparkan oleh bekas Perdana Menteri tersebut. Jika sebelum ini beliau bersedia berbaik-baik dengan DAP, tiada apa yang mahu dihairankan dengan tindakan terbaharu itu.

Bagi Awang, Dr. Mahathir kini bagaikan ahli politik yang ­terdesak. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan agenda politiknya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai.

Adalah sesuatu yang malang apabila seorang negarawan ­seperti beliau sanggup merendahkan martabatnya semata-mata kerana dendam politik.

Apa yang beliau lakukan tidak akan menguntungkan PPBM. Sebaliknya hanya akan memperlihatkan pemikiran politik ­pemimpin berusia 91 tahun itu semakin bercelaru.

Apapun Awang yakin segala tindakan Dr. Mahathir tidak akan memberi kesan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan membolehkan rakyat semakin memahami politik matlamat menghalalkan cara yang diamalkan oleh beliau.

AWANG – Tidak suka ’Pusingan U’.