Mereka termasuk yang bertanding jawatan tinggi parti itu mahu UMNO segera bangkit, lebih kreatif dan efisien.

Antaranya juga mahu tumpuan yang lebih kepada perjuangan membela nasib orang Melayu, Islam dan institusi raja.

Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO itu datang daripada rak­yat dan mesti dikembalikan kepada rakyat. UMNO perlukan revolusi dalamannya. UMNO kena catch up the bull by the horns. Makna­nya mesti berani dan yakin untuk berdepan dengan kesusahan, bahaya dan hal-hal sukar pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

UMNO, bagi Awang, perlu bercakap tentang revolusi. UMNO mesti bersedia dan tidak hanya ‘mengambil pisau tetapi gergaji berantai untuk potong apa sahaja yang patut dipotong’ demi ke­langsungannya.

Lihat sahaja Pakatan Harapan. Mereka tidak perlu puluhan ribu cawangan, ratusan bahagian atau ahli seramai 3.6 juta atau barisan Kabinet yang melebihi 30 orang. Tetapi cukup hanya menggerakkan beberapa ‘ikonnya’ untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

UMNO jangan terlalu kosmetik sangat. UMNO perlu melihat kepada realiti dalam mengisi perjuangan dan survivalnya dalam tempoh lima tahun ini mendatang ini menghadapi PRU-15.

AWANG - Teruja menanti 30 Jun.