Lagi pula kejayaan Jun Hoong adalah di luar dugaan. Acara 10 meter platform bukan acara kegemaran beliau. Tetapi atlet kelahiran Ipoh ini telah membuktikan latihan dan usaha keras akhirnya membuahkan hasil.

Kejayaan ini tentunya bakal memberi rangsangan kepada setiap atlet negara ke temasya Sukan SEA, Ogos ini. Setiap atlet walaupun tidak diletakkan sebagai pilihan atau berada dalam ranking perlu turut mencontohi semangat dan daya juang Jun Hoong.

Jika Jun Hoong boleh melakukan kejutan, kenapa tidak atlet lain. Ayuh kita barakan fenomena Jun Yoong agar Malaysia dalam temasya Sukan SEA ke-29 ini mampu menjadi juara.

Atas kertas memang agak mustahil. Tetapi dalam sukan ter­utamanya dengan sokongan rakyat Malaysia, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Jun Hoong telah membuktikannya.

AWANG – Tahniah! Tahniah! Tahniah!