Raja atau Sultan yang dipilih akan bersemayam selama lima tahun.

Awang menyentuh perkara ini kerana baginda yang dipilih 24 Januari ini adalah seorang Ketua Negara Persekutuan yang mempunyai peranan penting seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri dan Kabinet serta Timbalan-timbalan Menteri.

Kedudukan baginda sebagai Komander Tertinggi angkatan tentera seperti disyorkan oleh Suruhanjaya yang diperuntukan di bawah Artikel 41.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan. Bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang mempunyai Yang Dipertua Negeri sebagai ketua negeri pula, perkara berkaitan Islam dan adat istiadat Melayu adalah di bawah kuasa Agong.

Yang di-Pertuan Agong bukanlah hanya simbol semata-mata tetapi turut melambangkan kedaulatan dan identiti negara.

Awang dalam pada itu bersetuju dengan pandangan ramai bahawa perlu diperbanyakkan usaha untuk mendidik generasi muda supaya menghormati institusi raja yang diterajui Yang di-Pertuan Agong.

Generasi muda hari ini barangkali kurang diberi pendedahan, bimbingan dan nasihat mengenai fungsi institusi raja sedangkan ia amat mustahak dalam struktur pemerintahan negara.

AWANG – Daulat Tuanku.