Agak tidak masuk akal bagi lelaki yang kudung kedua-dua belah kakinya itu tidak tersenarai hanya kerana Ishak tidak berkeluarga dan tiada tanggungan.

Itu belum lagi bercerita tentang pelbagai syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi yang ada di antaranya menyusahkan pemohon.

Ada yang merasakan tindakan menyusahkan sebegini selain terdapat mereka yang tidak mendapat BSH walaupun jelas ketidakupayaan mereka, sebagai satu hukuman menyokong kerajaan sebelum ini.

Namun syabas kepada Kementerian Kewangan yang memberi respons segera untuk membantu memudahkan proses pendaftaran BSH selepas ini. Sebagai kerajaan yang masih baharu, tindakan responsif dan segera terhadap aduan sebegini perlu dan sangat dihargai.

Ini kerana mereka yang memerlukan bantuan BSH ini adalah dari golongan yang benar-benar memerlukan dan terpalit penderitaan dan kesengsaraan akibat tekanan ekonomi dan pendapatan yang semakin tidak menentu terutama golongan petani, nelayan dan golongan miskin termasuk miskin bandar.

Maka langkah pantas Kementerian Kewangan membantu memudahkan proses BSH sebegini perlu dijadikan contoh tauladan setiap kementerian yang kini dipimpin Pakatan Harapan (PH).

Segeralah membantu mereka yang memerlukan dan keluarlah dari kerusi empuk untuk melihat sendiri kesengsaraan rakyat yang semakin terhimpit.

Awang: Terus perjuang kesengsaraan rakyat