Merempuh dan merosakkan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-BIKE) tidak menyelesaikan masalah kerana sistem itu baharu diperkenalkan pada pertengahan bulan ini.

Bukan tujuan Awang untuk mengulas sistem berkenaan tetapi persoalan yang ingin dibangkitkan ialah kenapa masyarakat kita terlalu berdisiplin apabila berada di tempat orang? Kita sering kelihatan baik di negara orang tetapi berkelakuan buruk di negara sendiri. Banyak peraturan yang diperkenalkan di sini dicerobohi tetapi sebaliknya rakyat kita mematuhi dengan baik undang-undang yang sama ketika berada di luar negara.

Kenapa perlu pilih kasih dalam perkara untuk kebaikan? Berada di negara sendiri tidak bermakna bebas melakukan kesalahan. Masyarakat harus mengubah sikap dengan menghormati peraturan atau undang-undang di mana sahaja mereka berada.

Jangan perkecilkan peraturan yang dibuat untuk kebaikan bersama. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Akibat sikap kita yang memandang rendah atau remeh terhadap peraturan di dalam negara sendiri, akhirnya orang luar akan mengambil mudah undang-undang yang dikuatkuasakan.

AWANG - Pertahan imej negara.