Difahamkan sudah ada kesepakatan dalam kalangan parti politik tertentu untuk mendesak kementerian tersebut memberikan kuota itu kepada pelajar-pelajar bukan Melayu.

Awang tidak faham kenapa mereka perlu membuat desakan tersebut. Mereka sepatutnya menghormati penjelasan Kementerian Pendidikan yang menyatakan penawaran 2,200 tempat kepada kaum India dan Cina pada tahun lalu adalah bersifat one off. Maknanya ia bukanlah satu dasar yang kekal atau harus dilaksanakan sampai bila-bila.

Justeru tidak perlulah mana-mana pihak mahu mencetuskan polemik, apatah lagi bantahan dalam isu ini. Kesediaan kerajaan memberikan kuota 10 peratus kepada pelajar India dan Cina boleh dianggap sudah cukup baik.

Ia memandangkan seperti mana kata Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd. Aziz, pada awal penubuhan program itu kuota yang ditetapkan adalah 100 peratus untuk pelajar Melayu dan bumiputera. Jangan amalkan sikap ‘sudah dapat betis mahu paha’.

AWANG - Sokong Kementerian Pendidikan.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 22 APRIL 2019