Awang pun rasa pelik dengan sikap Dr. Mahathir. Kalaupun tidak suka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, janganlah sampai menghina keturunan orang.

Mungkin Dr. Mahathir mahu menarik perhatian `taiko besar’ pakatan tersebut iaitu DAP, tetapi ia hanya menampakkan bahawa bekas Perdana Menteri itu semakin terdesak dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.

Bagi Awang, tidak salah untuk berbeza fahaman atau ideologi politik serta menyertai mana-mana parti yang kita sukai tetapi jangan melampaui batas.

Oleh itu tidak perlulah Dr. Mahathir berdolak-dalik dalam isu menghina keturunan Bugis. Beliau perlu berjiwa besar untuk meminta maaf dan menarik balik kata-kata tidak beradab yang dilontarkan.

Awang percaya, selagi beliau tidak berbuat demikian, selagi itulah Dr. Mahathir akan `diserang’ dan pada masa sama Pakatan Harapan perlu bersedia kehilangan sokongan rakyat akibat politik celupar bekas Perdana Menteri itu.

AWANG – Berpolitik cara berhemah.