Awang mengagumi kepantasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang bertindak segera memohon maaf kepada rakyat Indonesia sebaik sahaja kesilapan itu disedari.

Selain itu Awang juga amat menghormati sikap terbuka Pre­siden Indonesia, Joko Widodo yang tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan walaupun meminta Malaysia memohon maaf kepada negara itu.

Apapun sikap terbuka Malaysia untuk mengaku kesilapan dan kesediaan Indonesia yang menerima permohonan maaf negara ini telah mampu mengelakkan mana-mana pihak cuba menangguk di air keruh.

Oleh itu Awang berharap isu ini tidak diperbesar-besarkan lagi. Sebaliknya marilah kita bersama-sama menumpukan perhatian kepada temasya sukan berprestij tersebut.

Awang percaya hubungan kedua-dua negara sekelumit pun tidak terjejas berikutan apa yang berlaku. Malah mengukuhkan lagi hubungan sedia ada.

AWANG - Bersyukur.