Golongan seperti inilah yang sebenarnya mahu mencacatkan perjalanan PRU supaya kelihatan tidak bersih. Contohnya dakwaan kemasukan 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi hantu pada tahun 2013. Ada juga yang percaya tetapi sehingga hari ini, tidak ada pengundi hantu dibawa ke muka pengadilan.

Semua parti politik berhak berkempen tetapi ja­nganlah me­nimbulkan pelbagai persepsi negatif yang boleh menjejaskan PRU. Ada juga parti politik yang begitu sangsi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jangan terkejut sekiranya ada yang sanggup berbaju oren untuk masuk lokap bagi menjaga peti undi.

Setiap parti politik diberi kebebasan dan masa yang cukup untuk berkempen. Tumpukan perhatian bagi memenangi hati rakyat. Semua parti politik berpeluang untuk menang dan me­nubuhkan kerajaan. Sejarah telah membuktikannya.

Awang juga berharap, pihak-pihak berkenaan janganlah se­ngaja menyusun strategi untuk memburukkan proses perjalanan pilihan raya. Bantulah untuk memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Yakinlah dengan proses pengundian yang mengalami banyak perubahan dan penambahbaikan.

AWANG – Waspada serangan siber.