Lumrah remaja yang sentiasa inginkan keseronokan dan kebebasan dalam melakukan aktiviti termasuk berbasikal. Aktiviti ini adalah lebih baik berbanding kegiatan tidak sihat termasuk menyertai lumba haram. Tidak perlulah mana-mana pihak membebankan lagi keluarga mangsa dengan pelbagai pandangan yang boleh mengguris perasaan mereka.

Apa yang penting, semua pihak perlu berusaha meningkatkan kesedaran pengguna mengenai aspek keselamatan serta peraturan termasuk di jalan raya sekiranya lokasi itu sebagai pilihan.

Ketika ini aktiviti berbasikal mendapat sambutan yang amat menggalakkan melibatkan pelbagai peringkat umur sama ada remaja atau orang dewasa. Dalam hubungan ini, setiap peserta perlu menyesuaikan diri dengan lokasi dan masa.

Awang juga berpendapat, sudah tiba masanya trek khusus disediakan bagi mengelakkan jalan raya dijadikan lokasi aktiviti riadah berkumpulan. Ini bukan kali pertama, nahas melibatkan aktiviti berbasikal. Cuma masa dan keadaan yang membezakan nahas itu. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan secara lebih berkesan, bukannya menghukum aktiviti berkenaan.

AWANG - Berbasikal di taman perumahan.