Mangsa-mangsa banjir amat mengharapkan kemudahan asas yang selesa. Bagi kawasan yang sudah tersedia pusat pemindahan, kemudahan mungkin dapat dipertingkatkan tetapi yang dibuka secara mengejut seperti di sekolah memerlukan pemantauan.

Sebenarnya banyak penambahbaikan telah dilakukan. Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan dan kerja-kerja menyelamat. Bantuan pakaian dan makanan juga bukan satu masalah.

Mungkin suatu masa dulu, mangsa hanya dibekalkan sardin, ikan kering dan telur tetapi keadaan hari ini sudah berubah. Kemudahan mungkin terbatas apabila wujud lokasi baharu yang tidak pernah dilanda banjir. Bantuan juga mungkin lewat jika agensi bterlibat tidak menjangka lokasi berkenaan dilanda banjir

Awang juga berharap penduduk di negeri-negeri utara, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Labuan akan lebih berwaspada mulai esok. Jabatan Meteorologi sudah pun mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang sehingga Ahad ini. Ambillah langkah-langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

AWANG – Sentiasa waspada.