Tenangkan diri, bermuhasabahlah. Hakikatnya selama ini BN berpegang kepada konsensus dalam kalangan parti komponennya termasuklah dalam pemilihan calon-calon pilihan raya.

Kesepakatan inilah yang tidak ada pada gabungan pembangkang PKR. Dan bukan senang untuk meniru, mencedok atau menjadi pendua BN.

Waima apapun dalam mana-mana parti kerajaan dan parti pembangkang, kalau anda semua nak jadi calon, siapa pula yang nak buat kerja gurkha?

Dalam politik bukan hanya kebolehan yang ‘menjenterakan’ seseorang ke atas. Nasib pun main peranan. Larry King, pengulas media Barat yang terkenal ada menyatakan: Those who discard luck as a factor in their life attainment are not realists.

Namun bagi kita terutamanya daripada UMNO, pemilihan sebagai calon bergantung ak­hirnya kepada rezeki dan ketentuan-Nya.

Kalau terpilih, anggaplah itu suatu tanggungjawab besar yang harus membenihkan kemenangan.

Realitinya, tiada sesuatu dalam politik yang kekal. Kawan boleh jadi lawan dan lawan boleh jadi kawan. Yang kekal hanya isu dan perjuangan. Yang dicari dan dipilih ialah perjuangan yang sentiasa mengenal diri.

AWANG – Teruja, berdebar, mengharap.