Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bisik-bisik Awang Selamat - 21 April 2017

AWANG yakin Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan terus unggul sebagai institusi yang berperanan mempertingkatkan taraf ekonomi bumiputera. Ditubuhkan pada tahun 1978, PNB telah mendidik bumiputera berjinak dengan pelaburan dan mencatatkan pelbagai kejayaan dalam memperkasakan ekonomi.

Dalam apa yang disifatkan sebagai menebus maruah negara, PNB berjaya ‘membawa pulang’ syarikat gergasi dan ternama antarabangsa seperti Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie), dari London. Inilah kebijaksanaan dan pembaharuan institusi ini yang harus dibanggakan serta diperkasakan.

Institusi ini juga diharap meneruskan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan melakukan penjenamaan yang tidak terhad kepada pemilikan saham. Tumpukan juga kepada bidang yang boleh membantu pencapaian bumiputera seperti pendidikan dan melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang tertentu.

Awang yakin PNB mampu melakukannya berdasarkan Pelan Strategik 2017 hingga 2022, yang melibatkan 15 inisiatif dengan tiga teras strategi utama. Masyarakat bumiputera dan pelabur pula perlu yakin dengan PNB dan terus menyokong institusi ini.

Walaupun pelaburan berhadapan dengan pelbagai risiko tetapi sehingga kini, PNB telah mengagihkan dividen dan bonus sejumlah RM157.7 bilion kepada 13 juta pelabur. Bagi mereka yang ingin melihat kejayaan dan menimba ilmu pelaburan, berkunjung­lah ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017.

AWANG – Moh kita ke MSAM di Temerloh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain