Sudah sampai masanya untuk kerajaan dan semua pihak bersama-sama melihat kepada sekolah tersebut yang pada pandangan Awang seolah-olah bergerak sendirian tetapi mula mendapat perhatian apabila tragedi berlaku.

Awang percaya syor tersebut akan memberi manfaat besar kepada sekolah-sekolah agama swasta khususnya dari segi pentadbiran dan kewangan.

Apa yang diharapkan, cadangan kerajaan ini akan diterima baik oleh semua sekolah tersebut kerana ia semata-mata demi kebaikan mereka khususnya pelajar-pelajar.

Pada masa sama jangan pula ada pihak yang cuba mempolitikkan cadangan ini kerana apa yang dilakukan kerajaan adalah ikhlas dan sama sekali tidak bermotifkan politik.

AWANG – Sokong