Sebelum ini 65 saksi dipanggil termasuk dua adik beliau. Menteri yang berkhidmat dari 2009 hingga 2015 yang juga bekas Naib Pre­siden UMNO kini menubuhkan parti sendiri, Parti Warisan Sabah.

Disebabkan melibatkan pemimpin pembangkang, ada pihak cenderung mempersoalkan mengapa baru sekarang disiasat selain menganggapnya sebagai satu siasatan berpilih bagi mengenakan Shafie.

Awang pun hairan inilah yang selalu berlaku. Pihak-pihak yang berkepentingan politik ini seperti tidak peduli dengan fakta. SPRM menyiasat kes itu berikutan aduan daripada umum yang tentunya setelah projek sudah dilaksanakan. Jika projek belum siap, apa yang mahu diadu dan disiasat.

Dalam kes ini, bukan pemimpin pembangkang sahaja yang disiasat. Semua pihak terlibat daripada syarikat swasta sehingga dua pemimpin Pemuda UMNO yang merupakan bekas pegawai Shafie turut ditahan bagi membantu siasatan.

AWANG – Jemu dengan permainan persepsi pembangkang.