Mereka bimbang, kenaikan itu akan turut menyebabkan peningkatan harga barang. Apa yang menyedihkan kenaikan itu dijadikan bahan jenaka. Kerajaan dan pemimpin dipersalahkan. Pelbagai andaian dibuat sehingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap pihak kerajaan.

Adalah tidak masuk akal bagi mana-mana kerajaan mahu menyu­sahkan rakyatnya. Tidak ada kerajaan yang sengaja mendedahkan pentadbirannya untuk dibenci rakyat lebih-lebih lagi dalam detik-detik menghadapi pilihan raya umum.

Kerajaan sentiasa memberi penjelasan berhubung kenaikan ini tetapi seperti biasa, ada pihak lain yang memainkan peranan supaya pengguna menolaknya. Penjelasan itu ibarat mencurah air ke daun keladi atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Awang berharap mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dija­dualkan hari ini dapat membincangkan isu ini supaya dapat mencapai penyelesaian yang terbaik. Semoga sebarang keputusan yang dibuat dapat menggembirakan rakyat. Sudah tentu ada formula yang dapat mengurangkan beban pengguna.

AWANG – Sentiasa beri penjelasan.