Pemansuhan dasar itu sebelum ini cuma menguntungkan mereka yang telah meminjam dan merugikan pelajar baharu yang mahu memohon pinjaman.

Suatu ketika, sehingga April 2017, sejumlah RM1.9 bilion berjaya dikutip melalui senarai hitam imigresen.

Harus diakui punca peminjam PTPTN gagal membayar balik antaranya kerana terpengaruh dengan janji pembangkang terdahulu yang kini menjadi kerajaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) misalnya, ramai terperdaya kononnya hutang PTPTN akan dihapuskan. Akibatnya aliran kewangan PTPTN begitu teruk disebabkan keengganan membayar pinjaman.

Semasa itu kutipan merosot sekitar RM50 juta sebulan iaitu hanya RM700 juta setahun. Dana yang berkurangan menyebabkan potongan lima peratus kepada pelajar ke IPTA dan 15 peratus pinjaman pelajar ke IPTS.

Biarlah peminjam PTPTN yang liat membayar balik mencemuh flip flop Pakatan Harapan yang sebelum PRU-14 menjanjikan apa sahaja ‘bulan bintang’ tetapi selepas berkuasa baru tahu ‘langit tinggi rendah’. Yang penting berlaku jujur kepada pelajar baharu.

AWANG - Nanti dasar baharu PTPTN.