Pembukaan dua pangkalan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha menambah baik aset dan infrastruktur agensi-agensi keselamatan negara. Tidak ada kompromi dalam soal keselamatan dan ketenteraman negara. Perubahan perlu dilakukan seiring dengan peredaran dan tuntutan semasa.

Lihat sahaja beberapa ‘perpindahan’ yang dilakukan ke lokasi yang lebih sesuai. Contohnya pusat pentadbiran kerajaan, lapa­ngan terbang dan juga Istana Negara.

Dalam soal keselamatan, kita akan ditinggalkan penjenayah atau musuh negara sekiranya masih di takuk lama tanpa melakukan perubahan dan strategi. Justeru perpindahan pangkalan ini amat penting bagi menempatkan aset dan teknologi moden dan tercanggih. Begitu juga keselesaan anggota pasukan dan keluarga.

Awang berharap, pembukaan pangkalan ini dapat menamatkan tohmahan dan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Tidak perlu mana-mana pihak yang terlalu ghairah membuat pelbagai andaian de­ngan menyebarkan berita palsu berkaitan perpindahan pangkalan di Kuala Lumpur itu. Perpindahan dan penempatan semula itu adalah sebahagian daripada usaha transformasi untuk manfaat pasukan keselamatan dan negara.

AWANG - Masih di Sungai Besi.