Pemilihan UMNO satu-satunya kaedah paling berkesan sebagai titik mula ke arah perubahan itu.

UMNO perlu mengutamakan pemimpin, tidak kiralah dari cawangan, bahagian, sayap sehinggalah ke peringkat Majlis Ter­tinggi (MT) nya yang mampu melahirkan idea unggul, mempu­nyai kemahiran komunikasi yang baik selain parti sendiri mengamalkan keterbukaan serta bersifat inklusif.

Ini kalau nak naik tangga dalam UMNO pun kena cantas dan dihalang, macam mana orang muda nak masuk? Kalau tidak berubah, mahukah orang muda menyertai UMNO?

Kalau anda yang sudah lama di peringkat bahagian terpaksa bagi laluan, berundurlah dan beri peluang pada orang lain. Carilah bakat baharu untuk dibimbing agar parti dilihat lebih segar, dinamik dan berwibawa.

Menyekat orang muda untuk naik menyandang jawatan-jawatan penting terutama MT hanya akan membuatkan golongan itu menjauhi parti.

Ingatlah! Pengundi kali pertama yang dianggarkan berjumlah 1.7 juta orang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu pasti akan sekali ganda pertambahannya nanti. Pendirian mereka yang dikatakan sebahagian besarnya berpihak kepada ‘sebelah sana’ adakah akan berjaya diubah dengan menoleh kembali ke UMNO?

AWANG - Kenang jasa UMNO.