Program bertemakan, Bangsa Berbudi dan Penya­yang itu melibatkan lebih 1,660 lokasi termasuk di luar negara. Pengli­batan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia termasuk orang kurang upaya menyemarakkan lagi program yang diadakan pada hari-hari terakhir bulan diturunkan al-Quran.

Diharapkan #QuranHour, jenama kempen berimpak besar di peringkat keluarga, komuniti, negara dan dunia itu dapat memacu dan mendorong ummah untuk mendekati dan berinteraksi dengan al-Quran.

Sempena program ini, ambillah peluang mendekatkan diri dengan kitab suci itu dan meletakkan al-Quran pada keduduk­annya yang sebenar. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi ditadabbur dan diamalkan.

Awang berharap, penghayatan terhadap al-Quran tidak terhenti dalam tempoh sejam itu. Dalami dan fahamilah kalam Allah itu supaya dapat menghidupkan al-Quran dalam hati dan kehidupan. Kekalkan amalan membaca al-Quran seperti yang ditunjukkan sepanjang bulan ini. Jangan dilupakan kitab itu sesudah Ramadan.

AWANG – Sertai #QuranHour di surau.