Inilah yang Awang boleh tafsir dilakukan oleh penyanyi rap Namewee atau Wee Meng Chee. Dia lebih suka memusnahkan daripada mengukuhkan persefahaman yang dengan susah payah telah dibina oleh generasi terdahulu.

Jika ditanya mengapa semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama semakin rapuh tidak seperti dahulu, inilah jawapannya. Ada sekumpulan orang yang gemar bermain dengan api.

Namewee boleh sahaja menghasilkan muzik video lagu berjudul Like A Dog sempena Tahun Baharu Cina itu dengan mesej yang positif. Tetapi dia memilih sebaliknya dengan aksi tarian tidak senonoh dan berlatar belakangkan pula masjid dan Pejabat Perdana Menteri.

Bagi Awang, cukuplah. Penyanyi ini mesti diberikan ‘ganjaran’ yang setimpal atas perbuatannya yang mengguris perasaan ba­nyak orang. Kita tidak boleh lagi membiarkan hal seperti ini berterusan walaupun atas nama seni.

AWANG – Cukup, cukuplah.