Mungkin cara tindakan itu sahaja yang menimbulkan kemarahan sesetengah ibu bapa. Semua pihak perlu berlapang dada. Rasa tidak puas hati ada di mana-mana. Inilah realiti kehidupan. Ada ketikanya guru ‘tersasar atau terbabas’ semasa mahu membetulkan kepincangan anak muridnya. Akibatnya kesilapan itu diketengahkan sementara kebaikan guru selama ini terhapus.

Sesuatu harus dilakukan sama ada oleh pihak kementerian atau Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Guru-guru terutama guru disiplin perlu diberi perlindungan semasa mereka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Wujudkan mekanisme untuk guru me­ngendalikan kes-kes berat anak didik mereka sebelum dibawa ke pengetahuan polis termasuk penyalahgunaan najis dadah dan gengsterisme. Kod Etika Ibu Bapa atau Penjaga juga perlu diwujudkan.

Awang berharap guru-guru tidak patah semangat dengan tindak balas sesetengah ibu bapa. Harus diingat golongan pendidik mempunyai sasaran untuk menjadikan anak murid mereka orang yang berguna kepada masyarakat dan negara. Semoga kes Cikgu Azizan ini menjadi pengajaran kepada semua.

AWANG - Dulu, gerun dengan cikgu disiplin.