Awang berharap apa pun keputusan sama ada ter­pilih, digugurkan atau bertukar tempat semua yang terlibat akan berlapang dada dan menerima serta menghormati keputusan pucuk pimpinan.

Awang tahu banyak lobi-melobi berlaku malah ada sesete­ngah penyandang yang mengetahui hendak digugurkan memberi syarat termasuk mesti meletakkan anak malah isteri sebagai ganti.

Awang berharap berhentilah daripada sikap yang membuktikan mereka meletakkan kepentingan politik peribadi mengatasi kepentingan parti.

PRU-14 amat penting kepada BN dan UMNO, jika tersilap meletakkan calon, kekalahan menanti di ambang pintu.

Oleh itu jadilah pejuang sejati, jangan sampai kerana nafsu politik mahu terus bertanding, akhirnya parti menjadi korban.

AWANG – Tahu banyak cerita.