Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 APRIL 2017

AWANG menyambut baik penampilan ‘wajah baharu’ dalam usaha kerajaan mengangkat martabat orang Melayu serta bumiputera ke tahap yang lebih tinggi melalui Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0). Tahniah atas kesungguhan ini.

Jika sebelum ini agenda bumiputera lebih tertumpu kepada bidang ekonomi tetapi lima Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) yang dibentangkan semalam akan merangkumi segenap aspek kesejahteraan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya. TKB menjadi asas pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan yang tidak sesekali mengabaikan bumiputera selepas 45 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Walaupun sasaran DEB khususnya pemilikan ekuiti bumiputera tidak seperti diharapkan tetapi usaha untuk mengangkat martabat bumiputera tidak pernah luntur.

Memang tepat kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan BETR 2.0 bahawa dalam membela dan memperkasakan agenda bumiputera, ia tidak terhad kepada bidang tertentu seperti ekonomi sahaja. TKB lebih bersifat inklusif atau terangkum lagi holistik.

Awang berharap, orang Melayu serta bumiputera menyambut baik usaha kerajaan ini. Sokongan, komitmen dan keazaman mereka yang tinggi amat penting. Mereka perlu lebih produktif dan tidak bergantung kepada kerajaan sahaja untuk menentukan hala tuju mereka. Kita percaya, walaupun fokusnya kepada bumiputera, tetapi kesan BETR 2.0 juga akan turut dirasai oleh semua kaum.

AWANG - Hargai komitmen kerajaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain