Semua ini adalah rahmat Allah SWT kepada negara yang kita cintai ini. Oleh itu, Awang berharap apa yang kita nikmati ini akan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Bersyukurlah dengan keamanan dan kedamaian yang kita kecapi.

Janganlah sesekali kita mengorbankan itu semua kerana ­terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak tertentu. Elakkan persengketaan, jauhi perbalahan yang mungkin tercetus akibat mainan politik kelompok yang berjuang semata-mata mahu meraih kuasa politik.

Namun begitu, Awang percaya usaha mereka tidak akan ke mana kerana rakyat Malaysia tidak akan mengorbankan segala nikmat yang dirasai ketika ini semata-mata mahu memenuhi agenda politik kelompok atau individu tertentu.

Awang berharap, rakyat Malaysia akan sentiasa mempertahankan apa yang ada dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan perbuatan yang boleh menggugat kestabilan negara. Jadikan semangat perpaduan yang ditunjukkan sepanjang Sukan SEA baru-baru ini sebagai platform untuk kita terus menikmati keamanan dan kestabilan.

AWANG – Bersyukur selalu.