Awang percaya ramai yang begitu teruja dengan perkemba­ngan dari penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehinggalah sekarang SPRM. Ini kerana suruhanjaya ini terus efisien dan menjadi salah satu pihak berkuasa yang amat digeruni oleh pesalah rasuah di negara ini dengan kepantasannya bertindak.

Justeru apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM, ini adalah langkah yang amat wajar dan bertepatan sekali.

Ia diharapkan dapat memberikan semangat kepada anggota-anggotanya untuk terus bekerja. Ini kerana anggota SPRM se­perti penguat kuasa dan pihak berkuasa lain, terdedah dengan pelbagai ancaman, ugutan dan pada masa sama turut menghadapi kecaman, fitnah dan cemuhan daripada pihak yang sentiasa ingin mencari kelemahan dan hanya mahu bermain politik.

Namun Awang percaya, SPRM di bawah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak gentar dan ambil peduli dengan semua itu, malah ia hanya menaikkan lagi semangat mereka dalam menjalankan tugas membanteras rasuah, yang menjadi musuh utama negara ini.

AWANG - Yakini SPRM.