Kita tidak boleh menoleh ke belakang. Selain menubuhkan Institut Penyelidikan Sosial-Ekonomi, perkara penting yang tidak boleh diabaikan ialah mempertingkatkan pendidikan agama. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam, tiada agama yang mengajar ke arah kemusnahan.

Di samping menerapkan nilai-nilai yang baik, institusi keluarga dan masyarakat juga perlu diperkasakan. Keluarga memainkan peranan penting bagi mengelakkan anak-anak terbiar dan terpe­ngaruh dengan gejala kurang sihat termasuk membazir masa di luar rumah dengan aktiviti tidak berfaedah sehingga ke awal pagi.

Sikap tidak peduli terhadap anak-anak juga mendorong keruntuhan akhlak remaja sehingga terlibat dalam gejala kurang sihat.

Awang berharap sementara masyarakat menyokong usaha kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa perlu mengawal selia anak-anak mereka. Jangan biarkan anak-anak berada di luar kawalan sehingga mereka membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan. Percayalah walau apapun program dan langkah yang diambil, gejala sosial sukar diatasi tanpa penyertaan atau kerjasama ibu bapa.

AWANG – Teringat zaman remaja dulu.