Selain cadangan menaikkan kadar gaji minimum dan cuti paterniti mandatori tiga hari khusus untuk suami di sektor swasta, langkah kerajaan memperuntukkan RM182 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga amat dialu-alukan.

Peruntukan itu membolehkan Perkeso menjelaskan bayaran kepada pekerja yang diberhentikan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Kadar bantuan interim juga dapat ditingkatkan.

Lebih melegakan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) juga bertekad untuk terus melindungi golongan yang bekerja sendiri termasuk pemandu e-hailing, nelayan, petani, peniaga pasar dan penggiat seni. Justeru, semua pekerja perlu menilai sumbangan dan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan mereka.

Awang percaya banyak lagi yang mahu dilakukan oleh kerajaan untuk membantu pekerja. Benarlah seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa warga pekerja di semua sektor serta majikan dan kesatuan sekerja ibarat ‘darah daging’ kepada negara. Kerajaan BN pula umpama ‘bunga’ dan pekerja ibarat ‘tangkai’. Hargailah ‘bunga’ yang ada.

AWANG - Mencari setangkai bunga.