Awang pun tidak tahu, sampai bila kita benar-benar dapat menghalang dua kejadian ini daripada terus berlaku pada musim perayaan. Sedangkan, kita semua mengakui bahawa ia boleh saja dielakkan sekiranya semua pihak berhati-hati dan tidak melanggar peraturan atau undang-undang yang dibuat mengenainya.

Semalam dilaporkan, seorang remaja berusia 14 tahun hampir buta sebelah matanya, setelah belerang yang cuba dikeluarkan daripada mercun meletup bersama botol kaca dalam kejadian di Kota Bharu, Kelantan. Pelajar tingkatan dua itu berada dalam keadaan separa sedar dan masih berada di dalam pemantauan doktor.

Entah berapa kalilah, semua pihak perlu diingatkan tentang larangan bermain mercun dan penjualan bahan api tersebut. Dan yang nampak jelas, peruntukan undang-undang ini tidak sedikit pun menyekat orang ramai melakukannya walaupun jumlah de­n­­da dinaikkan.

Justeru, ibu bapalah harus memainkan peranan penting untuk menghalang kejadian ini. Membiarkan anak-anak bermain mercun dengan alasan untuk memberikan keseronokan setahun sekali kepada mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri, adalah se­perti melepaskan anak mencederakan diri sendiri atau mungkin hilang nyawa. Janganlah bila tragedi sudah berlaku, baru hendak meratap dan menyesal.

AWANG – Sekat penjualan mercun.