Namun musibah ini belum berakhir. Di negeri lain seperti Perak, banjir baru sahaja bermula.

Semalam, Taiping menjadi daerah baharu dilanda banjir selepas Manjung dan Muallim susulan hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lalu.

Apa pun kali ini, Awang dapati pihak berkuasa dilihat lebih bersedia dalam operasi menyelamat dan sedang bekerja keras memberi kemudahan terbaik dalam semua aspek kepada mangsa di kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Mengambil iktibar bah kuning melanda Kelantan yang paling buruk selepas 1967, amat memberi keinsafan dan pengalaman berharga buat sesiapa termasuk anggota penyelamat.

Selama tiga minggu menempuh musibah itu, ada beberapa perkampungan khususnya yang terletak di tepi jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai seakan ‘hilang’ dari peta Kelantan akibat ditelan air.

Ternyata dalam menangani banjir kali ini, Awang dikhabarkan res­pons daripada agensi-agensi penyelamat ternyata begitu pantas. Ini hasil daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwujudkan hasil pengalaman banjir 2014.

AWANG - Tidak lupa keprihatinan kerajaan.