Sememangnya sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak tegas dalam soal ini. Apa yang berlaku bukanlah kali pertama, malah seolah-olah sudah menjadi trend di negara ini apabila berlaku kes-kes besar yang mendapat perhatian umum.

Penyebaran sesuatu siasatan termasuklah laporan polis bukanlah tidak lagi boleh dipandang ringan kerana selain mengganggu siasatan, ia juga tidak adil kepada mereka yang sedang disiasat atau terlibat dalam sesuatu kejadian.

Oleh itu, mana-mana individu yang terlibat tidak kira siapapun, mereka perlu dikenakan tindakan setegas-tegasnya sebagai pe­ngajaran kepada pihak lain.

Pada masa sama, Awang juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan turut menyiasat kes kebocoran ini dan ia bukan sahaja dalam kejadian melibatkan polis tetapi juga kes-kes lain.

AWANG – Sokong.