Apa yang penting Bellew sudah menegaskan, keputusan itu dilakukan bukan kerana menghadapi apa-apa masalah termasuk dengan Khazanah Nasional sebaliknya mahu berkhidmat di ta­nah air sendiri dengan menyertai semula Ryanair.

Oleh itu, Awang berpendapat, semua pihak perlu menghormati pendirian beliau. Pada masa masa, Awang yakin Khazanah Nasional pasti akan mencari calon sesuai bagi mengisi kekoso­ngan tersebut. Mungkin kali ini, kita perlu memilih anak tempatan menerajui MAB

Semua pihak perlu yakin bahawa dalam keadaan apa sekalipun seperti mana kata Tiong Lai, agenda transformasi MAB akan diteruskan. Itulah langkah paling tepat dalam usaha memastikan syarikat penerbangan tersebut terus unggul.

Awang berharap semua pihak akan bertenang dan menye­rahkan kepada Khazanah Nasional untuk melakukan langkah seterusnya. Janganlah membuat spekulasi yang bukan-bukan sehingga mengeruhkan keadaan.

AWANG- Tetap naik pesawat MAS.