Beliau juga menegaskan, pemindahan itu untuk menjaga kepentingan pendeposit dan membolehkan mereka mendapat pengagihan hibah bersesuaian Akta Tabung Haji 1995 iaitu aset mestilah melebihi tanggungan sekiranya dividen mahu dikeluarkan.

Justeru, Awang berharap umat Islam yang menabung dengan Tabung Haji tidak panik dan gelisah memandangkan hibah tahun ini agak lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun Awang tetap berdoa agar tidak tercetus sebarang kontroversi melibatkan Tabung Haji kerana ia antara institusi pengurusan haji terbaik di dunia. Jangan jejaskan kredibiliti Tabung Haji dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Kepada pendeposit pula, dalam apa pun keadaan jangan dengar khabar angin mengenai Tabung Haji . Kalau ada perkara yang musykil, tanya sahaja Tabung Haji . Ini kerana Tabung Haji adalah salah satu institusi umat Islam yang perlu dipertahankan.

AWANG - Sentiasa rindu Mekah, Madinah.