Tujuan mengadakan tuisyen rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini memang baik tetapi biarlah benar-benar fokus kepada pendidikan. Tidak perlulah beliau mengambil kesempatan untuk menanam kebencian terhadap GST. Carilah pentas yang sesuai.

Alangkah baik jika Ketua Menteri itu mengajar mengenai cintakan negara, konsep hidup pelbagai kaum atau mengajak menghayati Rukun Negara. GST tidak perlu dipolitikkan dalam kalangan kanak-kanak atau orang dewasa, lebih-lebih lagi jika pemimpin berkenaan belum faham mengenainya. Pembangkang hanya tertumpu kepada perkara negatif iaitu kenaikan harga barang.

Kenapa tidak dijelaskan bahawa hasil GST itulah yang turut digunakan untuk membantu rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan termasuk pendidikan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Awang berharap, jangan terlalu mudah menghukum GST sebagai punca kenaikan harga barang. Mungkin ada peniaga yang cuba sabotaj kerajaan dengan sengaja menaikkan harga barangan bagi mengaut keuntungan. Sedarkah bahawa 164 negara sudah melaksanakan GST? Kerajaan juga peka dengan kenaikan harga bara­ngan dan mengambil pelbagai langkah penambahbaikan.

AWANG – Gemar mi goreng Padang Kota.