Kesalahannya adalah memandu di lorong kecemasan pada Oktober lalu di Lingkaran Putrajaya. Tidak pasti kenapa dia memandu di lorong kecemasan yang dianggap satu kesalahan serius oleh JPJ. Siapa yang mengesan kesalahannya? Sebelum ini, JPJ memburu pesalah yang memandu di lorong kecemasan kerana menghalang ambulans setelah video berkaitan tular di media sosial.

Dulu saman yang dikenakan atas kesalahan ini hanya RM300 tetapi pada perte­ngahan tahun lalu, kadar maksimum dinaikkan kepada RM2,000 atau satu tahun penjara.

Inilah yang dikatakan pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Dalam bahasa Melayu, banyak lagi yang boleh diumpamakan bagi merujuk kesalahan pegawai yang terlibat secara langsung dalam bidang penguatkuasaan. Pengajarannya adalah, undang-undang tidak pernah mengenal kedudukan atau pangkat seseorang. Jika terbukti bersalah, bersedialah menerima hukuman.

Bagi Awang manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan. Kadang-kadang dalam beringat, kita terlupa. Apa yang diharapkan, kes ini memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan. Apa pun alasannya, undang-undang perlu dihormati. Hukumannya nampak ringan tetapi ia cukup memberi pengajaran.

AWANG – Rakam pemandu di lorong kecemasan.