Pembunuhan ini ganas sifatnya dan pembunuh seperti tidak takut undang-undang kerana berani melakukannya di tempat awam.

Pihak polis setakat ini telah mengenal pasti empat suspek berkenaan. Bagaimanapun nombor pendaftaran kereta BMW yang digunakan merupakan milik orang lain.

Apapun proses yang pihak berkuasa perlu lakukan, Awang berpendapat kes ini perlu diselesaikan dengan segera. Negara pun sudah mengisytiharkan perang ke atas kongsi gelap de­ngan beberapa kumpulan ditahan dan didakwa di mahkamah.

Kes pembunuhan melibatkan kongsi gelap di Johor Bahru itu yang videonya tersebar luas telah menyebabkan rasa cemas masyarakat. Sebab itu bagi Awang, pihak berkuasa perlu me­ngurus kes ini dengan bijak dan tangkas.

Masyarakat perlu diyakinkan bahawa pembunuhan seperti ini adalah kes terpencil. Malaysia masih tetap sebuah negara aman dan selamat. Awang juga yakin sebagaimana prestasi yang ditunjukkan sebelum ini, pihak berkuasa akan dapat menyelesaikan kes ini dengan pantas dan tuntas.

AWANG – Anti kongsi gelap.