Masyarakat setempat khususnya perlu mengambil peluang untuk meningkatkan pengetahuan mengenali pelaburan dan perancangan kewangan. Pada masa sama, siapa tahu, tuah akan menyebelahi anda sebagai pengunjung bertuah membawa pulang hadiah rumah teres bernilai RM375,000 di Pagoh.

Acara tahunan sejak tahun 2000 itu telah mencatatkan 3.6 juta pengunjung. Tahun ini sasarannya 150,000 pengunjung. MSAM memberi peluang pengunjung memahami lebih dekat pelaburan unit amanah. Masyarakat perlu mengubah pemikiran dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan.

Pilihlah pelaburan yang selamat yang mampu mendapat pulangan yang tinggi dan konsisten. PNB ketika ini menawarkan 10 produk unit amanah yang melibatkan penyertaan kanak-kanak, remaja, orang dewasa sehinggalah kepada pesara.

Awang masih ingat, di peringkat awal, peluang pelaburan terhad kepada bumiputera sahaja tetapi kini semua kaum berpeluang memiliki unit amanah yang ditawarkan. Ibu bapa atau penjaga juga perlu mengambil langkah mendidik anak-anak untuk melabur, contohnya melalui Amanah Saham Didik (ASD). ­Terapkan amalan menabung. Melaburlah walaupun serendah RM10 kerana manfaatnya amat jelas. Jom ramai-ramai kita!

AWANG – Intai peluang di Pagoh.