Terbaharu serangan ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Cara serangan itu dilakukan menunjukkan ia bukan dilakukan oleh calang-calang orang.

Daripada video dengan dakwaan cuba memikat isteri orang dan bagaimana sebaran dilakukan, Awang cenderung percaya gerakan ini dilakukan oleh kumpulan profesional. Mereka terlihat begitu terlatih menyediakan profil serba lengkap yang bertujuan membunuh karakter seseorang.

Memang Awang terganggu dengan penyebaran video ini. Motifnya jelas, mereka mahu Dzulkifli keluar daripada agensi itu. Mereka mahu SPRM tunduk kepada kehendak kumpulan ini. Ugutan seperti ini tidak boleh dibenarkan sama sekali. Kita tidak boleh lagi berundur ke belakang.

Daripada cakap-cakap di luar yang Awang dengar, serangan ini ada kaitan dengan aktiviti judi haram. Kumpulan ini juga dikatakan mempunyai kepentingan politik.

AWANG - Teguh bersama SPRM.