Pengumuman Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim semalam bahawa Malaysia mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.2 peratus pada suku ketiga 2017, prestasi terbaik sejak suku kedua 2014 sedikit sebanyak melegakan Awang.

Bukan itu sahaja, BNM menjangkakan ekonomi negara mencatat pertumbuhan lebih tinggi tahun ini dengan unjuran sekitar 5.2 hingga 5.7 peratus.

Lantas serta-merta Awang teringat tohmahan pemimpin pembangkang yang sanggup memfitnah negara sendiri di luar negara.

Ini sehingga menyebabkan Taiwan menarik balik pelaburan hampir RM40 bilion dalam projek gas di Pengerang, Johor beberapa tahun lalu.

Lucunya, apabila Arab Saudi dan China menyalurkan dana pelaburan mega, pembangkang terkedu diam kerana tidak menyangka pihak asing masih yakin dengan iklim stabil ekonomi Malaysia diterajui Barisan Nasional (BN).

AWANG – Tidak khianati rakyat sendiri.