Ujar beliau, Pas akan tetap menyokong UMNO namun, tahap komitmen serta kadar penglibatan parti itu berbeza keadaannya pada PRK Parlimen Cameron Highlands lalu, atas faktor pertandingan di peringkat DUN.

Malah katanya lagi, tidak ada apa-apa perakuan atau surat bertulis berkaitan PRK Semenyih, hanya dibincangkan secara lisan antara Tun Dr. Mahathir dan Presiden Pas.

Namun kita sedia maklum sudah tentu Dr. Mahathir akan mempunyai jawapannya tersendiri dan apakah benar wujudnya pengakuan bertulis yang ditandatangani seperti di dakwa beliau. Atau ini mungkin sebahagian gimik seperti yang telah banyak kali berlaku sebelum ini.

Apakah benar usaha ini adalah sebahagian agenda mahu memecahkan dominasi kerjasama Pas dan UMNO yang semakin mendapat sambutan orang Melayu.

Hakikatnya ia juga menunjukkan betapa terdesaknya Bersatu sekarang dalam cuba memenangi hati orang Melayu yang tidak boleh menerima kerjasama mereka dengan DAP.

Namun yang penting orang Melayu kini sudah sedar pentingnya mempertahankan hak dan masa depan mereka serta kepentingan Islam.

Soalnya, apakah Bersatu berani bekerjasama dan menjadi pejuang Melayu dan Islam seperti mana Pas, jika DAP sendiri yang mungkin bakal menidakkannya?

Awang - Tunggu drama seterusnya...