Awang pasti pendirian Abdul Hadi itu akan mendapat reaksi balas daripada PPBM yang setakat ini begitu rapat dengan DAP. Pemimpin-pemimpin PPBM khususnya Pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu menyanjungi DAP sehingga sanggup menarik balik semua kecaman terhadap parti yang dipimpin oleh dua beranak tersebut iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Oleh itu, tindakan Abdul Hadi adalah tepat kerana melalui hubungan rapat antara PPBM dengan DAP, mereka sebenarnya hanya mahu memperalatkan Pas supaya tidak berlaku pertarungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Tidak mustahil apabila khidmat Pas diperah habis-habisan, parti tersebut akan dilayan bagaikan`melukut di tepi gantang’. Sebagai seorang yang berpengalaman, Abdul Hadi sudah mengetahui taktik politik PPBM dan DAP, oleh itu beliau membuat keputusan ­muktamad menolak kerjasama dengan PPBM.

Awang yakin selepas ini PPBM dan DAP dengan dibantu oleh PAN akan menyerang habis-habisan Pas. Pelbagai tuduhan akan dilemparkan memandangkan pendirian Pas telah meranapkan impian politik mereka bukan kerana benar-benar mahu menjadikan Pas sebagai sekutu yang berharga.

AWANG – Dah lama tahu taktik DAP.