Rekod menunjukkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari DAP telah berpindah randah ke beberapa negeri sejak menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1969. Tidak pasti ke mana pula arah tujuannya bagi edisi PRU-14 ini, sama ada kekal di Ge­lang Patah atau sebaliknya.

DAP telah pun mengumumkan Nga Kor Ming berpindah ke Teluk Intan dari Taiping dan Liew Chin Tong dari Kluang ke Ayer Hitam. Adakah matlamat penghijrahan itu umpama membuka ladang baharu atau sekadar mahu memastikan kemenangan?

Pengundi-pengundi boleh menilai sendiri sikap wakil rakyat yang suka melompat ini. Mereka perlu lebih berhati-hati lebih-lebih lagi apabila calon DAP kali ini ‘berselindung’ di sebalik PKR.

Awang percaya, ada pengundi yang hanya memilih parti tetapi ada juga yang bijak menilai sejauh mana kesungguhan wakil rakyat seperti ini berkhidmat secara konsisten. Jasa dan rekod perkhidmatan di kawasan lama perlu dijadikan ukuran. Kit Siang pernah direhatkan satu penggal apabila penghijrahannya dari Tanjong ditolak oleh pengundi-pengundi di Bukit Bendera .

AWANG – Tunggu calon PKR Permatang Pauh.