Dalam tempoh yang sama sebanyak 55,903 individu terlibat dalam kes dadah ditahan dan 2,304 daripadanya adalah warga asing. Sebagai musuh nombor satu negara, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan kemasukan dadah melalui apa cara sekali pun. Operasi bersepadu perlu ditingkatkan.

Walaupun banyak kejayaan menumpaskan cubaan menyeludup, pengedar tidak pernah serik. Mereka tampil dengan pelbagai kaedah untuk melepasi pintu masuk negara. Tidak dinafikan ada yang berjaya sehingga penagih dadah tidak berkurangan.

Kemasukan dadah sama ada untuk pasaran tempatan atau antarabangsa perlu disekat. Jangan biarkan pintu masuk negara bolos dan sindiket menjadikan Malaysia transit pengedaran dadah.

Awang juga risau ketika pihak berkuasa bertegas di pintu ma­suk negara, sudah menjadi trend remaja membawa dadah sintetik untuk ’berhibur’ di pekan kecil Danok, Selatan Thailand. Statistik menunjukkan 99 peratus rampasan berkaitan dadah dilakukan oleh remaja seawal usia 19 tahun. Dalam usia yang muda mereka sudah dilalaikan dengan dadah. Ketagihan ini perlu di­sekat.

AWANG - Bimbang jerat keldai dadah.