Inilah puncanya yang menjadikan kegiatan haram itu kebal undang-undang. Selain pendedahan berterusan media yang se­perti tidak berkesan, pembongkaran oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan juga masih gagal membanteras sindiket ini.

Awang pun pernah dimaklumkan tentang senarai nama pe­nguat kuasa pelbagai agensi yang menerima rasuah yang ditemukan di lokasi judi haram. Seorang Datuk yang merupakan orang tengah juga khabarnya telah mendedahkan modus operandi ke­giatan mereka termasuk bagaimana wang haram dicuci.

Baru-baru ini tersebar pula rakaman video yang didakwa tujuh anggota polis di Johor sedang berhibur bersama tauke judi. Semakin hari semakin banyak cerita terdedah walaupun belum di­sahkan kebenarannya.

Yang boleh disah kebenarannya ialah kegiatan judi haram masih berleluasa. Yang selalu terdengar sindiket ini turut didalangi individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri. Ini juga belum di­sahkan kebenarannya. Siapakah mereka?

AWANG - Cerita konspirasi di sebalik judi haram.