Apa yang Awang mahu lihat ialah reaksi pemimpin-pemimpin PPBM khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyi­ddin Yassin. Kedua-dua pemimpin ini antara yang paling lantang menentang konsep Malaysian Malaysia itu yang dianggap usaha untuk meminggirkan orang Melayu.

Bagaimanapun Awang percaya kedua-dua pemimpin itu tidak akan berani menyanggah kenyataan Kit Siang tersebut kerana selain sudah menjadi sekutu DAP, PPBM juga bergantung ‘nyawa politik’ dengan DAP.

Oleh itu, Awang ingin mengingatkan penyokong-penyokong PPBM, tidak payahlah bercakap soal memartabatkan orang Me­layu melalui parti tersebut kerana ia tidak akan tercapai. Sebaliknya, mereka perlu mengikut sahaja rentak politik yang diatur oleh DAP.

Penegasan yang diberikan oleh Kit Siang itu membuktikan, ha­nya DAP boleh meneruskan asas perjuangan mereka dalam Pakatan Harapan, parti-parti lain perlu mendapat restu DAP jika mahu membuat perkara yang sama, apa yang berlaku ke atas Pas sebelum ini sudah menjadi bukti.

AWANG – Dah tahu siapa lebai malang.